Sunday, September 27, 2009
LAPPY SAYER DE PROBS
Tuesday, September 8, 2009
....my sister.....
nie nk bls balik lagu yg kak cik ltk dlm blog die.....hayati lirik dia betul2 ek....ikhlas seperti kata hati k.long tau........SAHABATKU ~DEVOTEES

Sunday, September 6, 2009
kisah seorang syahidah..
Marwa ash- sharbini seorang ibu beranak satu yang sedang mengandung tiga bulan, syahid akibat ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berketurunan Rusia yang cukup anti-Islam dan anti-Muslim. Tetapi berita ini, sama sekali tidak kelihatan mahupun terpampang di kaca-kaca tv kita, negara yang majaroti penduduknya Muslim malah digelar sebagai Negara Islam al-Hadhari, bahkan mungkin, tidak ramai dari kita yang tahu akan peristiwa yang menimpa Marwa Ash-Sharbini.Kejadian ini rentetan dari sebutan kes di mana seorang pemuda Jerman yang menghalang anaknya dari bermain di tempat permainan. Lantas Marwa Ash-Sharbini menghalang tindakan pemuda Jerman tersebut yang bernama Alex yang sering menyebutnya sebagai ‘teroris’ hanya kerana beliau memakai jilbab. Dalam suatu kesempatan di ruang mahkamah, pemuda itu yang pernah menyerang Marwa sebelum ini, berusaha melepas jilbab Muslimah Mesir itu. Di perbicaraaan itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini dengan lebih ganas di mana dia menikam Marwa Ash-Sharbini berkali-kali, dikatakan sehingga 18 kali tikaman. Malah suami Marwa Ash-Sharbini yang berusaha melindungi isterinya, turut terkena tembakan pihak berkuasa polis yang berdalih secara tidak sengaja tertembak suami Marwa.Lebih menyedihkan lagi, Marwa juga ketika itu sedang mengandung tiga bulan. Mungkin ada yang tidak sedar akan kematian beliau ini kerana media-media ketika itu cuma sibuk dengan berita pengkebumian Raja Pop Michael Jackson. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan para syuhada'.
.jpg)
rakan2 muslimah sekalian....pernahkah anda terfikir, adakah kita sekuat,seteguh, ini untuk mempertahankan jilbab yg dipakai?? adakah kita mampu?? kuatkah iman di hati kita ini???hendak atau tidak, inilah yg wajib kita lakukan..mempertahankan kebenaran islam....walaupun nyawa terkorban.....hanya Islam agama yg benar....jgn kita biarkan penganut agama lain mempermainkan mempersendakan islam..... Ya Allah..kuatkan lah iman ku untuk menghadapi cabaran di dunia mu ini Ya Allah....
satu puisi untuk dihayati oleh semua....dipetik dr salah satu blog yg pernah disinggah.... azansubuhkhamis.blogspot.....
Others think I am controlled and uneducated
They think that I am limited and un-liberated
They are so thankful that they are not me
Because they would like to remain 'free'
Well free isn't exactly the word I would've used
Describing women who are cheated on and abused
They think that I do not have opinions or voice
They think that being hooded isn't my choice
They think that the hood makes me look caged
That my husband or dad are totally outraged
All they can do is look at me in fear
And in my eye there is a tear
Not because I have been stared at or made fun of
But because people are ignoring the One up above
On the day of judgment they will be the fools
Because they were too ashamed to play by their own rules
Maybe the guys won't think I am a cutie
But at least I am filled with more inner beauty
See I have declined from being a guy's toy
Because I won't let myself be controlled by a boy
Real men are able to appreciate my mind
And aren't busy looking at my behind
Hooded girls are the ones really helping the Muslim cause
The role that we play definitely deserves applause
I will be recognized because I am smart and bright
And because some people are inspired by my sight
The smart ones are attracted by my tranquility
In the back of their mind they wish they were me
We have the strength to do what we think is right
Even if it means putting up a life long fight
You see we are not controlled by a mini skirt and tight shirt
We are given only respect, and never treated like dirt
So you see, we are the ones that are free and liberated
We are not the ones that are sexually terrorized and violated
We are the ones that are free and pure
We're free of STD's that have no cure
So when people ask you how you feel about the hood
Just sum it up by saying, 'Baby its all good'
Friday, August 21, 2009
mahasiswa 1Malaysia...

~wakil UniMAP. duduk dari kanan: Zubairi,nik,syida,mizan,nadia. berdiri dr kanan:awang,ainun,uya,amir,nuta~
after some briefing, lunch, and jumaat prayer semua peserta mula bergerak ke kampung masing2. bil peserta lbh kurang 120 org n we all dibahagikan kpd 3 buah kg iaitu Kg. Kuala Kerpan di Jerlun, Kg.Seberang Jaya n Kg. Teroi Bukit di Yan Kedah. ak,syida n amir in kg. teroi bukit. awang,nuta n ainun in kg.kuala kerpan and k.nadia,mizan,uya,zubairi di kg.seberang jaya.

~banner program n kerusi yg dah ready utk acara posing sebelum balik~
Kg.Teroi Bukit nie terletak di kaki gunung jerai....mang dekat sgt la ngan gunung jerai. kat sini, seorang siswi akn dpt 1 family n 2 siswa utk 1 family. Org kg kat cnie ramai yg tanam sayur, ad kebun,sawah,kerja buruh but mostly dlm pertanian la kot...hehehe. masuk kampung mase musim buah nie memang best..macam2 buah ade durian, rambutan,dokong,ketapang,rambai...mcm2 lah...tp mase nie dh nk hbs musim...so buah pun xbyk kate org kg. tp rasenyer byk lg...sampai penuh perut kami....kebetulan jgk, mase program kali nie, ad kat certain kwasan kg nie banjir. termasuklah rumah family angkat aku. mase mula2 p rumah tue...kena harung air..dlm rumah kat ruang tamu pun ad air jgk. walaupun ak biase jgk main banjir nie kat rumah nenek, tp xpenah pulak duk dlm rumah yg ad air....a new experience...

~nie la rumah family angkat sayer...banjir..tp mase nie air dah surut..kump yg ditugaskan untuk ke kwasn bnjr nk g melawat rumah sayer nie...~
Byk aktiviti yg dijalankan. antara melawat kebun sayur, kawasan banjir n perpustakaan desa. 30 lebih peserta kat teroi bukit nie dibahagikan kpd 3 kump. kami perlu buat research la sikit sebanyak dr segi beberapa aspek utk kg nie. diamana hasil drpd kajian nie akn dibentangkan kpd Menteri Pengajian Tinggi lps rayer nanti kot iaitu semasa siri ke-3 di UPM.
selain tue ad malam kebudayaan..gotong royong memasak. bukan sekali la tp byk kali jgk. kena pulak my group kena bahagian basuh pinggan...hehehe.....ad sukaneka. mase sukaneka nie mang best la. org kg sini mang sporting habis la.



~rajin..rajin...~
~kukus nasi~
~mc utk majlis penutup is all da way from UniMAP...~
eventhough dtg dari universiti yg berbeza, kami still lg dpt bekerjasama dgn baik menjayakan program nie...besides dpt tambah kawan baru...hehehe..pengalaman di Teroi Bukit nie menjadi salah satu kenagan manis kami semua. terutama dengan layanan org kampung yg teramat la baik...hubungan antara peserta pun mesra. dr org asing telah bertukar menjadi kawan.....
~kenagan terakhir bersama2~
~jumpa lagi??? bile agak nyer???~
~UPM..UUM..USM..and of course UniMAP~
p/s: kami semua masuk paper kosmo.....x ceyer nie link nyer... http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2Fkosmo%2Fcontent.asp%3Fy%3D2009%26dt%3D0820%26pub%3DKosmo%26sec%3DKomuniti_Kita%26pg%3Dkk_04.htm&h=6d826725f903b1c412a78fc8d6ada0aa
Thursday, August 6, 2009
Siti Fatimah r.a
Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)
Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.
Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.
Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya
Monday, August 3, 2009
wanita

Friday, July 31, 2009
...n3 kUaRanTiN...~~last episode~~
Thursday, July 30, 2009
...n3 kUaRanTin..~~episode 4~~
Wednesday, July 29, 2009
...n3 kUaRanTin..~~episode 3~~


-kaya dgn makanan dlm kuarantin-