Friday, August 21, 2009

mahasiswa 1Malaysia...


~~~dah lame tulis cume xpublished jew....out of date sikit~~~


Assalamualaikum....salam perpaduan. n3 kali nie ditaip all da way from KB...hehehe...from my home. esok dah nak puase...ramadhan bertemu lagi....sempat jgk sambut ramadhan kat umah tahun nie....tahun lps xdpt...alhamdulilah tahun nie dpt....



sebenarnyer, nk cite pasal one of aktiviti yg ak sertai 7,8,9 hb August lps iaitu PROGRAM MAHASISWA 1MALAYSIA siri 2: JELAJAH MAHASISWA BERSAMA MASYRAKAT. program anjuran UPM...ak join siri 2 zon utara dimana tuan rumah nyer UUM.. so dkt zon utara nie yg join adalah...UPM,UUM,UniMAP,USM....so 7hb pagi ak n 9 orang lagi wakil UniMAP which is k.nadia,syida,ainun,uya,hamizan,zubairi,amir,awang n nuta bertolak ke UUM.




~wakil UniMAP. duduk dari kanan: Zubairi,nik,syida,mizan,nadia. berdiri dr kanan:awang,ainun,uya,amir,nuta~





after some briefing, lunch, and jumaat prayer semua peserta mula bergerak ke kampung masing2. bil peserta lbh kurang 120 org n we all dibahagikan kpd 3 buah kg iaitu Kg. Kuala Kerpan di Jerlun, Kg.Seberang Jaya n Kg. Teroi Bukit di Yan Kedah. ak,syida n amir in kg. teroi bukit. awang,nuta n ainun in kg.kuala kerpan and k.nadia,mizan,uya,zubairi di kg.seberang jaya.



~banner program n kerusi yg dah ready utk acara posing sebelum balik~


Kg.Teroi Bukit nie terletak di kaki gunung jerai....mang dekat sgt la ngan gunung jerai. kat sini, seorang siswi akn dpt 1 family n 2 siswa utk 1 family. Org kg kat cnie ramai yg tanam sayur, ad kebun,sawah,kerja buruh but mostly dlm pertanian la kot...hehehe. masuk kampung mase musim buah nie memang best..macam2 buah ade durian, rambutan,dokong,ketapang,rambai...mcm2 lah...tp mase nie dh nk hbs musim...so buah pun xbyk kate org kg. tp rasenyer byk lg...sampai penuh perut kami....kebetulan jgk, mase program kali nie, ad kat certain kwasan kg nie banjir. termasuklah rumah family angkat aku. mase mula2 p rumah tue...kena harung air..dlm rumah kat ruang tamu pun ad air jgk. walaupun ak biase jgk main banjir nie kat rumah nenek, tp xpenah pulak duk dlm rumah yg ad air....a new experience...



~nie la rumah family angkat sayer...banjir..tp mase nie air dah surut..kump yg ditugaskan untuk ke kwasn bnjr nk g melawat rumah sayer nie...~


Byk aktiviti yg dijalankan. antara melawat kebun sayur, kawasan banjir n perpustakaan desa. 30 lebih peserta kat teroi bukit nie dibahagikan kpd 3 kump. kami perlu buat research la sikit sebanyak dr segi beberapa aspek utk kg nie. diamana hasil drpd kajian nie akn dibentangkan kpd Menteri Pengajian Tinggi lps rayer nanti kot iaitu semasa siri ke-3 di UPM.


selain tue ad malam kebudayaan..gotong royong memasak. bukan sekali la tp byk kali jgk. kena pulak my group kena bahagian basuh pinggan...hehehe.....ad sukaneka. mase sukaneka nie mang best la. org kg sini mang sporting habis la.







~tersengih ngan syida tgk org main sukaneka~





~tarik..tarik...org kg lawan student...org kg menang...huhu~





~rajin..rajin...~



~kukus nasi~

~mc utk majlis penutup is all da way from UniMAP...~

eventhough dtg dari universiti yg berbeza, kami still lg dpt bekerjasama dgn baik menjayakan program nie...besides dpt tambah kawan baru...hehehe..pengalaman di Teroi Bukit nie menjadi salah satu kenagan manis kami semua. terutama dengan layanan org kampung yg teramat la baik...hubungan antara peserta pun mesra. dr org asing telah bertukar menjadi kawan.....

~kenagan terakhir bersama2~

~jumpa lagi??? bile agak nyer???~


~UPM..UUM..USM..and of course UniMAP~

p/s: kami semua masuk paper kosmo.....x ceyer nie link nyer... http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2Fkosmo%2Fcontent.asp%3Fy%3D2009%26dt%3D0820%26pub%3DKosmo%26sec%3DKomuniti_Kita%26pg%3Dkk_04.htm&h=6d826725f903b1c412a78fc8d6ada0aa

Thursday, August 6, 2009

Siti Fatimah r.a

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.

Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya. Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

Monday, August 3, 2009

wanita


cebenar nyer lagu nie dh lame dh dgr....dh byk kali sayer mainkan....tp xperasan lah pulak ke"sedapan" lirik nyer....ak slalu jew cmtu...dah lame2 bru la rase lgu nie best.....lirik dia menyentuh hati naluri wanita ku ini.....penuh bermakna......-WANITA- De Hearty



Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan Bahkan sebagai hiasan kecantikan


part2 yg agk besar saiz font nyer tue adlah part2 yg ak suke...