Showing posts with label my story. Show all posts
Showing posts with label my story. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

pesan orang tua....

Dua tiga minit yang lepas sayer tengah konfius dengan pantang larang makanan keturunan NIK...

Tp fikir2 balik....APA ADA PADA NAMA???
semua orang sama jew....tak kira la keturunan mane sekali pun..
darah tetap sama2 merah kan...
semua makan ikut mulut...
so, kita semua sama...no worries...

tapi itu la hebat nyer MELAYU..
penuh larang dan adat....
semua tu untuk menjaga kesopanan dan tata susila kita kan..
oleh itu, kalau orang tua2 pesan kena dengar...okay???

contoh pantang larang semasa makan...orang dulu2 pesan........

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.


-sape tak dengar nanti atuk karatea kang....yahh..!!!-

as a conclusion, saya nk boleh tak makan ikan kacang dan buluh betung????
the answer is: jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut semua di tangan ALLAH...kita hanya mampu merancang...dia yang berkuasa untuk menentukan semua itu.
sekian....

14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

the NIK's Family...


Sayer ada terjumpa satu artikle pendek mengenai asal keturunan salahsilah NIK dari kopihitamlegam.blogspot.com

PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. “Saya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

“Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki ‘biasa’,” katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?

“Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa’dong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.

“Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,” katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.

Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. “Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,” katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang.

petikan - http://smshotcafe.com/v2/rahsia-gelaran/


aik??? ikan sebelah la pulak??? kalau ikan sebelah,saya penah makan..

dan alhamdulilah...masih sihat walafiaat....hihi..

ape2 pun i will keep searching..


Ikan Kacang dan Buluh Betung

hari ini..saye ade SHOCKING..!!! info that i would like to share it...



hasil dari goooooogling sayer dengan mr.google...
hari ini baru saya tahu bahawasa nyer...
orang yang berketurunan NIK...
tak boleh makan buluh betung dan ikan kacang....!!!!
akibat nyer..
akan jadi keluar darah dari bawah bulu roma..kate nyer la..
tak pun akan jadi simptom2 allergik yg tak boleh diubati...


-rebung buluh betung-

persoalan nyer sekarang???
betolkah???
emmm...saya pun tak tahu...
unfortunately nenek saya belah ayah dah lama meninggal...
so, nk tanya pasal benda2 nie pun dah tak boleh..
ye la kan..benda2 macam nie, selalu nyer nenek2 yang expert kan??

kesahihan nyer tak dapat dibuktikan..
tp sayer rase nie lebih kepada pendapat orang dulu2 je kot..
tp kalau benda nie tak jadi dulu2...tak kan dieorang keluarkan statement nie utk anak cucu mereka??? kan..??kan..??

ikan kacang nie tak penah pulak sayer dengar...
penah makan @ tidak tue pun saye tak sure...
sebab dalam dunia nie...ada 2 benda yang sangat susah untuk saya cam..
  1. IKAN
  2. KERETA
so, saya mungkin penah makan ikan kacang nie...dan mungkin jugak tidak....

kalau pasal buluh nie...
tak kira la keturunan ape sekali pun...mane la boleh makan buluh...
melainkan gigi mereka2 ala2 gergaji..hihihi [ tak lawak pun]
biasenyer orang makan rebung kan????
sayer penah jew makan rebung buluh nie...sedap2..!!
tapi tak tahu la pulak tue rebung buluh ape???
so, koklusi nyer...kesahihan pantang larang nie tak dapat saya buktikan ke atas diri ini....







tapi kalau diingat2 kan balik....sepanjang 22 tahun hidup nie,
tak penah pulak abah bagitau sayer makanan yang saye tak boleh makan..
semua ON jer.... emmmm............


kebetulan atau reunion....

helllo....
just nk share..
dua minggu berturut2 sayer,miss dila n gaban "ber reunion"..
konon2 la...
mula2 kat PICC...mase kami ade conference kat sane...[19 hb feb 2011]
then, kat UniMAP pulak...MURoC 2011....[26 & 27 hb 2011...betol2 cukup seminggu]..hihi..

:::...at PICC...:::


:::...UniMAP....:::


~seorang lagi ex-classmate yg kami jumpa kat MUROC..ooi tsu ching[ USM]~

*************next mission..nk jumpa nua, ain,and mira********

Thursday, February 24, 2011

Organ Donor....


i am an organ donor...........



dermalah organ demi sebuah kehidupan...