Tuesday, October 12, 2010

kehilangan....

ASSALAMUALAIKUM......
Sebelum terus membaca, marilah sama2 kite sedekahkah AL-FATIHAH kpd mangsa2 kemalangan Tol Simpang Ampat pada 10hb 0ctober 2010 yg lalu...AL-FATIHAH....
Dasyat betul kemalangan tue...Xsanggup rase nyer nk tgk gambar2 n video pasal xcident tue kat tenet nie...terdetik persoalan di hati..patut ke mereka2 itu mengupload gmbr2 keadaan mangsa yg agak mengerikan itu??? ape perasaan ahli keluarga mangsa bila tgk gmbr2 tue???...emmm...same2 la kite fikir2kan..

bile sje berlaku kemalangan mcm nie, tibe2 hati rase berdebar. kenapa?? emmm...pada 26 Disember 2009..kemalangan yang hampir sama telah berlaku...10 nyawa telah terkorban. salah seorang daripada mangsa adlah sahabtku sendiri Allahyarham Mohd Bilal. Rakan seperjungan di Kej.Alam Sekitar. Pemergiannya yang tiba2 memang mengejutkan kami semua. seolah2 tidak percaya bahawa arwah telah tiada bersama kami. masih ingat lagi, pada pagi 27hb ak dlm perjalanan balik ke Perlis. mase kat stesen bas tu, pelik jgk sbb byk pengumuman yg dibuat menyatakan bas express dua tingkat digantikan dengan express setingkat. tertanya2 kenapakah??? tidak sampai dua minit ak berada di dlm bas, ak menerima SMS menyatakan arwah telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dlm kemalanagan bas express dua tingkat. berkali2 ak bce sms tue...x percaya..memang x percaya....akhirnya ak sedar bahawa sms itu betul dan tanpa sedari air mata ak menitis.
Keesokkan hari, semasa di dlm kelas boleh dikatakan kami semua agak senyap dan xde la bising2 mcm selalu. akn tetapi kami semua seolah2 merasa bahawa arwah masih lg ade...cuma belum sampai dr kampung lagi. mungkin disebabkan sifat arwah yang peramah dan mudah senyum...

kadang2 kami teringat, arwah suka sgt duduk dibelakang kami (me and my geng) yang sentiasa perangai gile2 nie...tgh2 kami bt lawak ke ape kew, tbe2 arwah gelakkan kami. rupe2 nyer dh lame dh dia duk perhatikan gelagat kami. kerana umur arwah yang lg tua dr kami semua, dan perangai nya yang agak matang, arwah dianggap seolah2 sebagai seoarang abang...

Ramadhan pertama dan terakhir ynag disambut kami( all my classmate) dgn arwah. kami adakan satu majlis berbuka puasa. pakat2 ramai2 buat BBQ. arwah lah yg tlg mnjadi driver n teman kami ke pasar utk mmbeli barang BBQ. awal2 pagi lagi..sanggup dia. tlg pilh ayam, sayur, buah n tunggu kami shopping raya sikit2.
Kami semua juga telah menziarahi rumah arwah di Selangor. kehadiran kami disambut oleh ahli kelaurga arwah. terasa sayu sms kami bersalam dgn ibu arwah. terharu dgn kedatangan kami, ibu arwah tidak dpt menahan air mata nya. byk yang diceritakan kpd kami tentang arwah. kami juga menziarah pusara arwah. pada masa tue,hampir masuk waktu Asar. pusara arwah terletak di belakang sebuah masjid. oleh kerana hampir masuk waktu asar, bacaan ayat2 al- quran diperdengarkan. kunjugan kamike pusara arwah seolah2 diiringi bacaan ayat suci Al-Quran dan ditambah pula dgn hujan gerimis. seolah2 memahami akan perasaan hiba kami pada waktu itu............SEDEKAH KAN AL-FATIHAH UTK SAHABAT YG DIRINDUI ALLAHYARHAM MOHD BILAL....

No comments:

Post a Comment